Monday 8 August 2011

Eita For Mama Vouge



PROFAIL IETA

Nama           : Masyitah Hassan
Kelahiran    : Melaka
Usia             : 32 Tahun
Status          : Berumah tangga
Bil.Anak      : 4 Orang
Suami          : Khairul Nizam Husin
Kerjaya       : Usahawan Biz Online & Suri Rumah
Lokasi         : Bandar Klang Selangor Darul Ehsan
Pendapatan : 5 Angka/Sebulan

IMPIAN SEORANG SURI RUMAH
           Taraf pendidikan tidak perlu terlalu tinggi untuk menjalankan perniagaan secara sambilan dari rumah seperti Biz Online yang dilakukan sekarang. Bermula daripada tahun 2005, kini masa telah berubah dek kerana teknologi semakin canggih. Sukar untuk mempercayai daripada seorang yang setakat pendidikan SPM mampu juga untuk memiliki peralatan GADJET seperti IPAD serta beberapa perkara seperti Rumah Tunai,  Kereta Mercedes E240 dan Sebuah MPV untuk keluarga. Untuk memiliki sesuatu di dalam hidup kita memang memerlukan IMPIAN kerana dari IMPIAN baru kita boleh membuat perancangan dan perlaksanaan yang bermatlamat. IMPIAN masa depan...biarlah rahsia dahulu kerana itulah pantang larang orang berniaga, simpan dahulu kemudian capai dengan bertindak. Insyallah....

BAGAIMANA BOLEH BERMULA?
              IETA memang suka berniaga, daripada menjual tudung, kain baju, kuih muih dan macam-macam lagi...kini saya lebih suka berbisnes secara ONLINE kerana ia lebih menarik dan banyak masa dapat dapat diluangkan bersama anak-anak dan keluarga. Suami juga banyak membantu dari segi pengeposan serta membantu pelanggan yang kurang kemampuan menguruskan pinjaman jika perlu. Asalnya ia dilakukan secara sambilan dan hanya ikut kawan, tetapi kini saya juga mampu memberikan latihan & bimbingan sama ada secara personal atau profesional.

TEKNIK PEMASARAN SECARA ONLINE
                 Untuk pemasaran secara ONLINE kami banyak menggunakan FACEBOOK, TWITTER dan EMAIL secara aggresif. Alhamdulillah pendekatan ini semakin diterima oleh masyarakat Malaysia bagi menjadikan ONLINE sebuah mekanisma pemasaran yang sangat berkesan. Pelanggan kami adalah dari seluruh dunia, namun IETA banyak memfokuskan kepada Malaysia [16 Juta Pengguna Internet] dan Indonesia [30 Juta Pengguna Internet]. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kini, kami semakin berkembang pesat kerana teknik membuka kedai secara BLOG SHOP ini juga banyak mengurangkan kos sewa dan pekerja. Di samping itu juga kami dibantu oleh BLOG http://mama-cun.blogspot.com bagi membantu perkembangan perniagaan kami.





No comments:

Post a Comment

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Daripada Ieta Vouge

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERHARI RAYA

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERHARI RAYA
Daripada: Nizam & Ieta

Abang Nizam

Abang Nizam
KEJAYAAN ITU MILIK ANDA

Abang Nizam & IMAM MUDA

Abang Nizam & IMAM MUDA

Hong Kong Disneyland

Hong Kong Disneyland

Hong Kong

Hong Kong
Nostalgia Disneyland

Hong Kong

Hong Kong
Nizam & Ieta

Hong Kong

Hong Kong
Bersama MENTOR Supremo

Disneyland Dream Come True

Disneyland Dream Come True
Jom Jenjalan